Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Kanak-kanak tersepit celah dinding diselamatkan



SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun tersepit di celah dinding di antara dua buah bangunan di bandar Bijie dalam wilayah Guizhou, China.


GUIZHOU, China - Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di antara celahan dinding dua buah bangunan selepas terjatuh dari kediamannya ketika bermain di bandar Bijie baru-baru ini, lapor akhbar New York Daily kelmarin.
Ahli keluarga kanak-kanak yang berusia lima tahun itu terpaksa meminta pertolongan daripada anggota bomba ekoran gagal mencapainya melalui sebuah lubang.
Aksi kejadian terbabit telah dirakam oleh seorang penduduk setempat menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya memuat naik rakaman terbabit ke laman perkongsian video YouTube.
Berdasarkan rakaman video, beberapa anggota bomba terpaksa menebuk dinding bilik air rumah seorang jiran bagi membentuk satu lubang untuk mencapai kanak-kanak terbabit.
Pasukan bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus tersekat pada celahan dinding seluas 20 sentimeter itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz32lto6sSt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment