Search This Blog

Friday, May 30, 2014

Kanak-kanak 18 bulan ditemui mati dikelar


30 Mei 2014


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan ditemui mati di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini malam tadi.

Dia dipercayai telah dikelar. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kepala kanak-kanak itu juga didapati terputus daripada badannya.

"Kanak-kanak itu ditemui tertiarap, lengkap berpakaian dan bahagian belakang kepalanya pecah akibat hentakan. Turut ditemui di tempat kejadian ialah pecahan seramik bersama kesan darah serta sepasang selipar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa.

"Apabila saksi cuba menghampiri lelaki itu, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai," katanya.

Gan berkata usaha mengesan suspek masih diteruskan. Beliau berkata pihak polis telah mengesan ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang gelandangan berumur 32 tahun.

"Wanita itu mendakwa meninggalkan anaknya dengan seorang rakan di sebuah pusat beli-belah untuk ke tandas sebelum mendapati kanak-kanak itu hilang kira-kira lima minit kemudian," katanya. Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - Bernama

No comments:

Post a Comment