Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

‘Kamu diam, biar mereka cakap!’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
Kota Bharu: “Siapa benarkan awak bercakap? Awak peguam ke?“ kata Hakim Mohd Yusoff Yunus kepada tertuduh yang didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 6.5 gram di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Teguran itu dibuat Mohd Yusoff kepada Azlan Yacob, 38, selepas lelaki itu bersuara tanpa diminta ketika berada dalam kandang tertuduh, menyuruh isteri dan adik ipar perempuan kedua-duanya di bawah umur, mengaku salah bagi pertuduhan dibacakan kepada mereka.
“Bukan kamu yang ditanya.

Sepatutnya kamu diam, biar mereka cakap sendiri,” tegur Mohd Yusoff.
Terdahulu, ketika pertuduhan dibacakan kali pertama, isteri dan adik ipar Azlan kelihatan terpinga-pinga sebelum Azlan menyampuk menyuruh mereka mengaku bersalah.
Foto
AZLAN didakwa memiliki dadah di Mahkamah Majitsret Kota Bharu, semalam.

Sebelum itu dia sendiri membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan kali kedua, kedua-dua perempuan bawah umur itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Semua tertuduh diwakili peguam Faizal Abd Rahman.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa bersama-sama memiliki tiga botol plastik berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin seberat 6.5 gram pada jam 2 petang, 30 April lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggu, Binjai, di sini.
Tertuduh didakwa didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun serta tidak kurang daripada 10 sebatan.
Mahkamah menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

No comments:

Post a Comment