Search This Blog

Monday, May 12, 2014

Kaki judi terkedu diserbu polis





JASIN - Seramai sembilan daripada 20 orang kaki judi leka berjudi terkedu selepas diserbu dalam Ops Dadu di sebuah pondok di kebun getah Kampung Parit Keliling, Simpang Bekoh di sini kelmarin.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Asisten Superintendan Azahar Abdul Rahim berkata, dalam operasi pukul 6.30 petang itu, seramai sembilan individu termasuk empat wanita berusia antara 23 hingga 67 tahun berjaya ditahan.

"Seramai sembilan individu berjaya ditahan manakala sebahagian mereka sempat meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis di kawasan berkenaan.

"Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas 48 keping daun terup, meja, kerusi dan wang tunai sebanyak RM1,505 dipercayai wang pertaruhan," katanya di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz31RljPuqZ
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment