Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Jutawan, eksekutif TV bergaduh didenda


2014/05/10 - 03:53:00
Jutawan, eksekutif TV bergaduh didenda
Packer (kiri) dan Gyngell didenda selepas bergaduh di tepi jalan di sebuah pantai di Sydney Ahad lalu.

SYDNEY: Polis mendenda seorang jutawan perniagaan Australia dan seorang eksekutif televisyen terkemuka masing-masing AU$500 (RM1,512) seorang kerana bergaduh di tepi jalan di sebuah pantai eksklusif di Sydney.

Media seluruh Australia menyiarkan gambar dan video jutawan kasino berkenaan, James Packer dan teman lamanya, David Gyngell, juga ketua eksekutif Nine Entertainment, yang didapati saling bertumbuk dan bergelut antara satu sama lain di luar pangsapuri mewah milik Packer di Bondi Beach tengahari Ahad lalu.


Polis New South Wales dilaporkan melakukan siasatan berhubung laporan media dan kritikan umum terhadap kejadian itu walaupun tiada yang membuat aduan rasmi.

Polis dalam satu kenyataan berkata kedua-dua lelaki terbabit dikenakan notis pelanggaran jenayah atas perangai mereka itu. Mereka sama ada boleh membayar denda atau membantahnya di mahkamah. Kedua-dua mereka tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen.

Polis mempertimbangkan untuk mengenakan dakwaan lebih serius membabitkan serangan dan pergaduhan.

“Jika sabit kesalahan bagi tuduhan membabitkan mengganggu ketenteraman awam dengan ancaman keganasan ia boleh membawa hukuman penjara 10 tahun, manakala sabit kesalahan terhadap serangan boleh membawa hukuman lima tahun penjara,” kata pegawai.

Gambar Packer selepas pergaduhan itu menunjukkan beliau lebam sebelah mata dan bengkak di bahagian kiri mukanya. Gyngell turut mengeluarkan satu kenyataan Selasa lalu, menyalahkan pergaduhan itu kerana beliau ke rumah Packer dalam keadaan marah.
Polis meminta kedua-duamereka melalui peguam merakamkan kenyataan, tetapi Penolong Pesuruhjaya Polis, Mark Walton tidak memberitahu sama ada kedua-duanya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Jurugambar, Brendan Beirne dilaporkan menjual gambarnya dengan harga lebih AS$200,000 (RM645,614) selepas News Corp mengalahkan rangkaian televisyen Gyngell sendiri untuk mendapatkan gambar berkenaan. – AP

No comments:

Post a Comment