Search This Blog

Friday, May 30, 2014

Jeneral terbunuh


Pemangku presiden Ukraine, Oleksandr Turchynov berkata, pemberontak menggunakan peluru berpandu untuk menembak jatuh helikopter berkenaan di bandar Slovyansk.
Dia memberitahu parlimen negara itu, Jeneral Volodymyr Kulchitsky turut terkorban dalam serangan berkenaan.
Ketegangan tercetus antara pemberontak pro-Russia dan tentera kerajaan berpusat di Slovyansk sejak beberapa minggu lalu yang menyaksikan beberapa pertempuran berlaku dalam usaha kedua-dua pihak menguasai kawasan berkenaan.
Dalam perkembangan sama, seorang pemimpin pemberontak berkata, mereka menahan empat pemerhati Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) dan berjanji akan membebaskan mereka tidak lama lagi.
‘Datuk bandar’ pemberontak di Slovyansk, Vyacheslav Ponomarev memberitahu pemberita, pemerhati yang berasal dari Turki, Switzerland, Estonia dan Denmark selamat.
“Saya sudah memberi amaran kepada OSCE agar tidak menghantar pemerhati ke kawasan yang kami kuasai.
Namun mereka tetap hadir.

Kami akan menangani perkara ini dan membebaskan mereka tidak lama lagi,” katanya.
OSCE berkata mereka terputus hubungan dengan seorang daripada empat pemerhati mereka di Donetsk petang Isnin lalu.
Pemberontak sebelum ini menculik pemerhati tentera yang bertugas di bawah naungan OSCE.
Pemerhati OSCE dihantar ke Ukraine bagi memantau keadaan keselamatan di sana berikutan pemisahan Crimea yang dilakukan Russia dan pemberontakan puak pemisah pro-Russia di wilayah timur serta pilihan raya presiden negara itu.- AP
Foto
SEORANG anggota militan pro-Russia mengawal sekatan jalan raya berhampiran Donetsk, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

No comments:

Post a Comment