Search This Blog

Saturday, May 31, 2014

Iqbal bunuh isteri pertama untuk bersama Farzana


Lahore: Suami wanita hamil yang dipukul hingga mati oleh anggota keluarganya kerana berkahwin dengan lelaki yang dicintainya semalam mengaku membunuh isteri pertamanya kerana mahu bersama wanita itu.

Farzana Parveen, 25, dihentak dengan bata oleh 20 anggota keluarganya di depan Mahkamah Tinggi Lahore.



Kejadian itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa, lebih-lebih lagi selepas laporan menyatakan polis tidak bertindak menghalangnya.

Semalam, suami mangsa mengaku membunuh isteri pertamanya supaya dapat berkahwin dengan Farzana.

Dia juga mendedahkan, kakak Farzana juga dibunuh oleh anggota keluarganya atas dasar membela maruah keluarga.

“Saya membunuh isteri pertama saya kerana cintakan Farzana,” kata Mohammed Iqbal, 45.

Menurutnya, dia tidak dipenjarakan kerana anaknya yang melaporkan pembunuhan itu menarik balik tuduhan.

Dia kemudian mematikan telefonnya dan enggan menjawab panggilan seterusnya.

Terdahulu, dalam perbualan itu, dia mendakwa kakak Razana, Rehana diracun keluarga selepas bapanya bergaduh dengan keluarga mentuanya.

Si bapa mendesak Rehana meninggalkan suaminya, tetapi dia enggan.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat selepas Iqbal menyelar polis kerana enggan membantu menyelamatkan nyawa isterinya.

Mayat Farzana dikebumikan kira-kira jam 2 pagi dengan dihadiri keluarga Iqbal.

Menurut mereka, tindakan itu diambil kerana keadaan mayat mangsa yang begitu teruk.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

No comments:

Post a Comment