Search This Blog

Monday, May 12, 2014

Ibu maut kemalangan di Lumut


LUMUT 11 Mei - Seorang ibu kepada tiga anak maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 1, Jalan Sitiawan-Beruas di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Sharina Ramzan Mohd., 35, yang cedera parah meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Manjung.
Nahas itu turut mengakibatkan seorang anak mangsa, Nursyairah Mubarak Ali, 6, dan sepupunya yang dikenali sebagai Nazrana, 27, cedera parah.
Dua lagi anak mangsa, Shafikah, 12 dan Muhammad, 10, serta pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza, Cheng Sing Hieng, 22, cedera ringan.
Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Manjung bagi mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, kejadian berlaku ketika kereta yang dipandu Sharina dalam perjalanan dari Sitiawan menuju Ayer Tawar.
“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, sebuah MPV hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta mangsa.
“Kemalangan berlaku di laluan lurus dan keadaan cuaca juga baik," katanya.
Kata beliau, pihaknya sedang menyiasat punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140512/je_02/Ibu-maut-kemalangan-di-Lumut#ixzz31RmNKkIF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment