Search This Blog

Friday, May 30, 2014

Enam lagi maut akibat MERS


RIYADH 29 Mei - Wabak sindrom pernafasan korona virus Asia Barat (MERS-CoV) mengorbankan enam lagi nyawa, sementara tiga kes baharu dicatat di Arab Saudi, lapor Kementerian Kesihatan negara ini semalam.
Portal berita arabnews.com melaporkan, wabak MERS-COV sehingga kini telah mengorbankan 186 mangsa sejak September 2012, dengan kesemua kematian tersebut berlaku dalam masa beberapa bulan lalu di Arab Saudi.
Dua pesakit yang maut berasal dari Mekah, iaitu seorang lelaki berusia 65 tahun dan wanita berusia 39 tahun yang menghidap diabetis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan penyakit pulmonari tersumbat yang kronik.
Empat mangsa lain ialah dua lelaki di Madinah berusia 36 dan 51 tahun, manakala dua mangsa wanita lain di Riyadh berusia 55 dan 80 tahun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140530/lu_07/Enam-lagi-maut-akibat-MERS#ixzz339OXK36P
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment