Search This Blog

Friday, May 30, 2014

Ejen warga asing parah ditetak 4 lelaki


ALOR SETAR 29 Mei - Seorang ejen pembekal pekerja warga asing cedera parah di bahagian bahu kiri selain putus sebatang jarinya setelah ditetak sekumpulan empat lelaki tidak dikenali di sebuah restoran berhampiran Taman Sri Ampang, Jalan Kilang Tebu, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Low Khee Meng, 20, baru tiba di restoran itu dan sedang menunggu makanan untuk sarapan bersama rakannya, M. Rajeswaran, 25, sebelum muncul kumpulan lelaki berkenaan yang berusia 20-an.
Rajeswaran berkata, kesemua suspek yang menaiki kereta Honda Accord lalu menuju ke arah mereka sebelum menyerang dengan menggunakan parang.
"Saya sempat melarikan diri tetapi mengalami kecederaan di tapak tangan kiri manakala Khee Meng pula terperangkap setelah masuk ke dalam stor berhampiran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.
Kata Rajeswaran, kumpulan lelaki itu kemudian melarikan diri manakala Khee Meng yang berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dengan menggunakan ambulans.
Dia memberitahu, mereka yang berasal dari Perak bekerja sebagai pembekal pekerja warga asing dan baru sahaja menetap di Taman Sri Ampang di sini, sejak enam bulan lalu.
"Saya agak terkejut dengan kejadian itu dan tidak tahu apa motif mereka tiba-tiba menyerang kami," katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan sedang memburu empat suspek tersebut untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140530/je_07/Ejen-warga-asing-parah-ditetak-4-lelaki#ixzz339SRQnHK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment