Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Dua beranak sesat tujuh jam di Hutan Lipur Gunung Pulai 2


Oleh Anja Asmara
Pekan Nanas: Pemuda dan bapanya ditemui dalam keadaan lesu selepas mereka tersesat tujuh jam ketika hendak pergi mandi di Hutan Lipur Gunung Pulai 2, Pekan Nanas, kira-kira 5.30 petang semalam.

Jimmy Lye Wei Ping, 25, dan bapanya, Lye Kwang Mong, 57, dijumpai selepas gerakan mencari dan menyelamat dijalankan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas diketuai Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Saifulbahri Safar bersama Pegawai Operasi Zon Johor Bahru Harun Idris serta tujuh anggota.


Pemuda terbabit yang juga penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dikatakan membawa bapanya yang datang dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke hutan lipur berkenaan untuk mandi kira-kira 10.30 pagi.

Mereka dikatakan pergi mandi di kawasan tengah hutan lipur berkenaan sebelum hujan melanda dan menyebabkan keadaan persekitaran gelap.


Keadaan itu menyebabkan mereka gagal mencari laluan pulang sebelum Kwang Mong membuat panggilan kecemasan menerusi telefon bimbitnya kira-kira 4.50 petang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

No comments:

Post a Comment