Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Ditahan masa leka punggah kontena



MOHD. SHUKOR (tengah) menunjukkan sebuah mesin pencetak yang cuba dicuri empat lelaki pada sidang akhbar di IPD Klang Utara, Kapar, Klang, Selangor semalam.


KLANG – Sekumpulan penyamun yang sedang leka memunggah sebuah kontena selepas memecah masuk sebuah premis perniagaan tergamam apabila mereka dikepung sepasukan polis di Jalan Batu Tiga Lama, Kapar dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.45 pagi itu, empat lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dicekup sebelum sempat melarikan pelbagai peralatan elektrik seperti televisyen litar tertutup dan mesin pencetak yang dianggar bernilai puluhan ribu ringgit.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, terdahulu, mangsa, seorang ahli perniagaan telah dimaklumkan oleh rakannya melalui panggilan telefon bahawa premis miliknya itu disyaki dipecah masuk.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz31G5gspgx 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment