Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Dijel 5 hari, denda ugut pekerja TNB


KUALA LUMPUR 9 Mei - Seorang lelaki hari ini dipenjara lima hari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas me­ngaku bersalah terhadap pertuduhan mengugut pemeriksa meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang bertugas.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan James Rajandran menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei lepas.
Beliau juga memerintahkan James dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda itu.
Dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Mohd. Rafizi Mohd. Razali dengan cara mengugut mahu menye­rangnya dengan tujuan untuk menakutkannya di Tingkat 12, Blok 28, Taman Sri Murni, Sentul pada 11.20 pagi, 4 Mei lepas.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling, tertuduh cuba menyerang mangsa menggunakan kapak ketika Mohd. Rafizi hendak mencabut sambungan meter haram yang dipasang di kediamannya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Ke­seksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140510/ma_04/Dijel-5-hari-denda-ugut-pekerja-TNB#ixzz31GSX0lz6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment