Search This Blog

Saturday, May 31, 2014

Demonstrasi keselamatan berakhir tragedi


2014/05/31 - 04:06:58
BEIJING: Pistol seorang anggota polis meletup secara tidak sengaja apabila dua pegawai mengadakan demonstrasi keselamatan di sebuah tadika di China sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, mencederakan seorang kanak-kanak dan empat ibu bapa.

Ia meletup secara tidak sengaja dan peluru terkena lantai, menyebabkan serpihan simen melayang ke udara, mencederakan lima orang, kata pihak berkuasa polis di Zhengzhou di Henan.


Mangsa cedera di lengan dan kaki dan dikejarkan ke hospital tetapi doktor berkata ia tidak mengancam nyawa, polis menambah di laman web Sina Weibo.

Dua pegawai polis berkenaan ditahan dalam kurungan dan tiga daripada penyelia mereka digantung, kata pihak berkuasa dalam kenyataan berasingan.

“Balai polis Zhengdong meminta maaf kepada mangsa yang cedera dalam kejadian, saudara mara mereka dan masyarakat,” kata kenyataan.

China melarang rakyatnya memiliki senjata api dan polis tidak dibekalkan dengan senjata untuk tugas seharian.

Namun banyak tempat termasuk Beijing, Shanghai dan wilayah Guangdong mengarahkan polis yang meronda dibekalkan dengan senjata berikutan siri serangan menyasarkan penduduk awam dan dipersalahkan ke atas pemisah Xinjiang. – AFP

No comments:

Post a Comment