Search This Blog

Friday, May 30, 2014

Bumbung koyak


Kangar: Impian Perlis untuk menjadi antara tuan rumah terbaik temasya SUKMA, dihantui mimpi ngeri apabila venue paling kontroversi, pusat akuatik kembali menjadi tajuk perbualan.
Sehari selepas Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) meluluskan penggunaan venue terbabit, bumbung kanvas di pusat akuatik terkoyak dan sebahagian besarnya jatuh di permukaan kolam gara-gara gagal menampung hujan pada jam 2 petang semalam.
Mujur ketika kejadian, tidak ada atlet yang turun berlatih kerana saringan acara renang yang menyingkap tirainya semalam, berhenti rehat dan sepatutnya bersambung di sebelah petang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dipersalahkan sebelum ini, mengeluarkan kenyataan bahawa semua isu teknikal dan keselamatan di pusat akuatik terbabit sudah diselesaikan.Foto

Kenyataan sama turut berkata, kelewatan pembinaan pusat akuatik adalah disebabkan kelemahan pengurusan dalaman kontraktor reka dan bina (design and built) yang dilantik.
Foto
PUSAT akuatik banyak timbul masalah.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

No comments:

Post a Comment