Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Budak ‘nakal’ terbiar kebulur di rumah sendiri


Sydney: Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah kerana sengaja membiarkan anaknya berusia empat tahun kebuluran.

Dia didakwa mengurung kanak-kanak itu di dalam bilik tidurnya yang kotor dan hanya memberikan makanan melalui bawah pintu.


Ibu berusia 23 tahun itu berhadapan tuduhan cuai dan membahayakan nyawa kanak-kanak yang difailkan Mahkamah Daerah di Australia Selatan.

Kanak-kanak itu bagaimanapun berjaya diselamatkan daripada kekejaman ibunya, namun pendakwaan menolak rayuan wanita terbabit supaya dia tidak dikenakan tindakan.


Tuduhan pengabaian itu juga dikenakan ke atas bapa kanak-kanak itu yang berusia 27 tahun selepas dia mengaku tidak bersalah bulan lalu atas tuduhan membahayakan nyawa mangsa.


Dalam perbicaraan sebelum ini, mahkamah dimaklumkan kanak-kanak itu yang hanya seberat 8.3 kilogram terpaksa dikejarkan ke hospital selepas ditemui dalam keadaan kebuluran di kediaman keluarga itu Oktober tahun lalu.

Ia disifatkan polis sebagai “kejadian yang sangat membimbangkan dan menyedihkan.”

Saksi memberitahu kanak-kanak itu “tidak mampu bangun” ketika ditemui dan dalam keadaan “sukar bercakap dan bersalaman. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

No comments:

Post a Comment