Search This Blog

Friday, May 30, 2014

Buaya sarkas cedera dihempap wanita obes


SEVEROMORSK, Rusia 29 Mei - Seekor buaya terpaksa dikejarkan ke hospital, selepas dihempap oleh seorang wanita seberat 114.3 kilogram, ketika dalam perjalanan untuk mengadakan satu pertunjukan sarkas, di sini, kelmarin.
Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian buaya sepanjang 2.13 meter yang diberi nama Fedya itu, berada di dalam bas yang dipenuhi oleh penghibur sarkas yang sedang nyenyak tidur, sebelum bas berkenaan terlanggar bonggol jalan.
Kejadian itu menyebabkan wanita berkenaan yang juga merupakan akauntan bagi kumpulan sarkas yang dikenali sebagai The Soviet Circus, terpelanting lalu menghempap Fedya yang kebetulan berada berhampirannya.
Fedya kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan dan dirawat oleh seorang doktor pakar, selepas dipercayai mengalami kecederaan dalaman.
"Buaya tersebut muntah selama tiga jam dan mungkin mengalami kecederaan dalaman. Bagaimanapun, akauntan berkenaan hanya cedera ringan dan telah diberi amaran kerana tidak memakai tali pinggang keledar," lapor agensi berita RIA Novosti.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, wanita tersebut turut diberi nasihat supaya menurunkan berat dan sentiasa berhati-hati dalam aspek keselamatan.
Ekoran kejadian itu, persembahan melibatkan Fedya terpaksa dibatalkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140530/lu_09/Buaya-sarkas-cedera-dihempap-wanita-obes#ixzz339OuVqK6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment