Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Bayi maut lemas dalam gulungan selimut toto


PUTRAJAYA 12 Mei- Seseorang bayi berusia enam bulan maut disyaki lemas dalam gulungan selimut toto ketika baharu sejam berada dalam jagaan pengasuhnya di Presint 9 sini pagi ini.
Ammar Arsyad Ahmad Zafwan didapati tidak bernafas dengan mukanya bertukar kebiru-biruan pada pukul 8.15 pagi oleh pengasuhnya yang berusia 20-an sebaik wanita itu selesai mandi.
Difahamkan, pengasuh berkenaan turut menjaga tiga lagi bayi di rumahnya lain selain turut mempunyai dua orang anak.
Mengimbau semula kejadian itu, Ahmad Zafwan Sulaiman, 31, berkata, dia bergegas ke rumah pengasuh berkenaan sebaik menerima panggilan pada pukul 8.15 pagi.
Ahmad Zafwan yang merupakan Pegawai Tadbir Diplomat (PTD) berkata, anaknya berada dalam keadaan sihat dan ceria ketika dihantar di rumah pengasuh berkenaan pada pukul 7.15 pagi.
“Saya mengetahui kejadian tersebut apabila pengasuh menelefon saya bagi memaklumkan bahawa anak saya lemas dalam selimut toto, selepas itu saya bergegas ke rumah pengasuh.
“Sebaik tiba, saya melihat muka anak kedua saya itu kebiru-biruan, menyedari keadaan tersebut membahayakan saya terus membawanya ke hospital dengan bantuan seorang lelaki yang tinggal berhampiran rumah pengasuh," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pekarangan bilik mayat Hospital Putrajaya.
Beliau berkata, sebaik tiba di unit kecemasan, doktor cuba membantu Ammar Arshad bernafas, bagaimanapun usaha tersebut gagal dan doktor memaklumkan Ammar Arshad sudah meninggal dunia.
“Saya terkilan dengan kejadian ini namun reda di atas ketentuan Ilahi. Walaupun baru berusia enam bulan namun anak saya sudah pandai meniarap dan sudah pasti saya merindui keletah dan gelak tawa­nya," katanya.
Tambahnya, selain Ammar Ars­had, dia turut mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun.
Menurut Ahmad Zafwan, dia masih belum dimaklumkan mengenai punca sebenar kematian anak­nya itu kerana perlu menunggu laporan bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya akan merekodkan keterangan pengasuh tersebut bagi membantu siasatan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan mati mengejut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140513/je_04/Bayi-maut-lemas-dalam-gulungan-selimut-toto#ixzz31Y88ieGF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment