Search This Blog

Friday, May 16, 2014

Bayi ajaib selamat setelah terjatuh dari tingkat 11


Doktor menyifatkan Musa dapat terus hidup meskipun terjatuh dari tingkat 11 bangunan di Minneapolis pada 11 Mei lalu. - AGENSI
MINNEAPOLIS 15 Mei - Seorang bayi berusia 15 bulan di Amerika Syarikat (AS) layak digelar sebagai ‘bayi ajaib’ selepas dia terselamat, walaupun terjatuh dari tingkat 11 kompleks apartment Riverside Plaza, di sini pada Ahad lalu.
Bayi itu, Musa Dayib daripada masyarakat Somalia kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, namun dia dijangka dapat diselamatkan, meskipun mengalami patah tulang belakang, rusuk dan kerosakan paru-paru.
Musa kini tidak sedarkan diri dan keadaan itu dijangka hanya sementara.
Menurut ahli keluarga Musa, dia dipercayai tergelincir menerusi pagar balkoni bangunan setinggi 39 tingkat itu.
Komuniti Somalia di AS sedang mengumpul dana bagi membantu keluarga Musa.
Jurucakap Pusat Perubatan mukim Hennepin, Christine Hill berkata, bayi itu semakin stabil setakat semalam.
Dr. Tina Slusher yang bertugas di unit jagaan rapi pediatrik hospital itu memberitahu Star Tribune bahawa, Musa jatuh di kawasan tanah lembut.
“Ia anugerah besar daripada Tuhan yang menyelamat bayi itu,’’ kata Slusher.
Pemilik bangunan Riverside Plaza, George Sherman berkata, kakitangan penyenggaraan akan menutup pintu balkoni apartmen itu sekiranya mendapat permintaan daripada penyewa. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140516/lu_06/Bayi-ajaib-selamat-setelah-terjatuh-dari-tingkat-11#ixzz31sBwUhrL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment