Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Bawa dadah dakwa ubat

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Iran cuba memperdayakan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan mengisytiharkan dua beg bagasi dibawanya hanya berisi ubat-ubatan dan barangan farmasi.
Bagaimanapun taktik itu gagal mengaburi pihak berkuasa apabila sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menemui dua kilogram dadah syabu yang disembunyikan di ruang sulit di dalam beg itu. 
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek berusia 23 tahun itu diberkas polis ketika cuba memasuki negara ini pada jam 3.45 petang Isnin lalu. 

Menurutnya, lelaki terbabit menggunakan helah dengan membuat ruangan rahsia di dua beg bagasi bagi menyorokkan syabu selain bertujuan mengelirukan sistem pengesan dadah di KLIA.
Foto
BEG yang digunakan untuk menyembunyikan dadah.

“Suspek dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa yang cuba menjual syabu untuk pasaran tempatan. Hasil soal siasat terhadap suspek, polis merampas 536,000 pil psikotropik yang dipercayai mengandungi dadah di KLIA Rabu lalu,” katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pil psikotropik yang dirampas itu cuba diseludup masuk ahli sindiket dari Pakistan. 

“Ia sengaja didaftarkan sebagai barangan perubatan dengan menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengelirukan pihak berkuasa. 

“Hasil risikan polis mendapati sindiket dadah itu turut cuba menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum dadah itu turut diedarkan ke negara jiran dengan menggunakan jalan darat, laut dan lapangan terbang,” katanya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

No comments:

Post a Comment