Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Bakar rumah majikan kekasih


Jakarta: Seorang lelaki kemaruk bercinta, Nurhadi, membakar rumah majikan kekasihnya kerana berang tidak dibenarkan bertemu dengan wanita terbabit.

Media tempatan semalam melaporkan, Nurhadi, 34, sering kecewa kerana dihalang bertemu teman wanitanya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Jalan Kemanggisan Pulo.

Pegawai kanan polis, Johari Bule berkata, Rabu lalu Nurhadi datang untuk bertemu dengan kekasihnya, Misri, 30, namun diberitahu wanita terbabit tidak lagi bekerja di rumah berkenaan.

“Suspek yang naik angin dengan kenyataan itu berasa tertipu kerana sebelum ini pemilik rumah berkenaan memang sering melarangnya untuk bertemu Misri,” katanya ketika ditemui.

Menurut Johari, sebenarnya memang Misri tidak lagi bekerja di rumah berkenaan namun Nurhadi enggan mempercayai tidak mempercayai kata-kata lelaki itu.- Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

No comments:

Post a Comment