Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Anak tauke resort dicekup


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
Manjung: Seorang lelaki yang juga anak kepada pemilik sebuah resort terkemuka di Pulau Pangkor, dekat sini, dan dua rakannya diberkas polis kerana memiliki dadah jenis heroin.

Suspek diberkas dalam satu operasi khas di resort berkenaan malam Jumaat lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) Perak dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, pihaknya yang menjalankan siasatan dan menerima maklumat orang awam mengesan kegiatan suspek.



Menurutnya, suspek berusia 26 tahun ditahan bersama 5.5 gram dadah jenis heroin dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Turut diberkas rakan suspek seorang lelaki yang juga orang sekatan di bawah Ordinan Darurat (PCO) kerana memiliki 209 gram dadah jenis heroin.

“Seorang lagi suspek turut diberkas atas kesalahan sama.

Pemeriksaan lanjut menemui 15.6 gram dadah yang dipercayai jenis heroin,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes membabitkan dua rakan anak pemilik resort itu disiasat mengikut Seksyen 39B ADB.

“Pemeriksaan ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

No comments:

Post a Comment