Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Ada dalang tempatan bantu warga Amerika Latin pecah rumah


Shah Alam: Kes pecah rumah membabitkan warga Amerika Latin kebelakangan ini dipercayai turut didalangi warga tempatan yang memberi kerjasama bagi memudahkan suspek melakukan jenayah di negara ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kes pecah rumah membabitkan rakyat Amerika Latin menunjukkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, jenayah dilakukan suspek warga negara Amerika Latin itu bukan perkara baru kerana ia sudah mula dikesan pihak polis sejak 20 tahun lalu tetapi ia dalam jumlah yang kecil.

Katanya, polis juga bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi memantau kemasukan warga Amerika Latin dan tumpuan akan diberikan kepada mereka yang dicurigai dan disyaki mempunyai kecenderungan melakukan jenayah di negeri ini.

No comments:

Post a Comment