Search This Blog

Thursday, May 1, 2014

Abang hutang adik merana



LAI YOONG menunjukkan gambar keretanya disimbah cat oleh ah long kepada Soo Seang pada sidang akhbar di Rumah Kelab Akhbar Cina di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Gara-gara abangnya gagal membayar hutang sebanyak RM14,000 dengan beberapa ah long, seorang wanita kini hidup dalam ketakutan apabila diganggu ah long terbabit.
Mangsa, Kong Lai Yoong, 40, mendakwa, dalam kejadian terbaharu 21 April lalu, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada salah seorang ah long terbabit yang mendakwa abangnya gagal membayar wang berjumlah RM3,000 yang dipinjam sebelum ini.
Lai Yoong berkata, ah long itu bukan sekadar memaklumkan hal itu tetapi turut mengugut akan mencederakannya jika dia gagal melunaskan pinjaman berkenaan.
"Selang dua hari kemudian, saya terdengar bunyi bising di luar rumah dan sebaik sahaja keluar, saya dapati bahagian depan termasuk dua buah kereta jenis Mercedes dan BMW milik saya telah disimbah cat merah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz30Pf5CVBF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment