KUALA LUMPUR 18 Mei - Seramai 70 gadis pelayan pelanggan (GRO) termasuk seorang warga Sepanyol ditahan polis dalam satu serbuan di dua buah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Jalan Klang Lama, di sini malam tadi.
Turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen( IPK), Kuala Lumpur ialah dua lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga premis terbabit.
Difahamkan, GRO-GRO berkenaan mengadakan tarian separuh bogel di atas pentas bagi menarik lebih ramai pelanggan datang ke pusat hiburan itu.
Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Baharin Mohd. Rose berkata, mereka yang ditahan ialah 68 wanita warga Thailand dan masing-masing seorang wanita warga Sepanyol dan Pakistan berusia 20 hingga 30 tahun.
"Mereka ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial, menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah serta premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan.
"Pihak kami juga telah memeriksa seramai 54 orang pengunjung pusat hiburan ini namun dibebaskan setelah membuat semakan rekod terhadap mereka," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Bahrin berkata, pihaknya turut merampas beberapa peralatan audio serta beberapa keping cakera padat.
Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140519/je_04/70-GRO-menari-separuh-bogel-ditahan#ixzz327WZIW6e
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment