Search This Blog

Monday, May 26, 2014

3 anggota LTTE dicekup


Kuala Lumpur: Tiga lelaki warga Sri Lanka ditahan kerana disyaki bergiat aktif di negara ini untuk menghidupkan semula aktiviti kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Mereka yang berusia 30 hingga 40-an ditahan dalam operasi khas oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Anti Keganasan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Petaling Jaya dan Klang, Selangor, pada 15 Mei lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek menggunakan kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk menetap di Malaysia dan mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

“Suspek menyusup sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan operasi untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda dan berusaha mengaktifkan semula kumpulan LTTE di peringkat antarabangsa.

“Kita berjaya menahan mereka dan merampas beberapa barangan antaranya bahan propaganda LTTE, peralatan media dan mata wang asing membabitkan 24 negara bernilai RM20,176,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.



Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati seorang daripada suspek memiliki permit pekerjaan membabitkan sebuah syarikat tidak wujud.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/26

No comments:

Post a Comment