Search This Blog

Saturday, May 31, 2014

23 pekerja, aktivis bersalah hasut bantahan

23 pekerja, aktivis bersalah hasut bantahan
Aktivis dan pekerja duduk di dalam trak penjara ketika tiba di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, semalam. 
PHNOM PENH: Mahkamah Kemboja semalam mensabitkan 23 pekerja kilang dan aktivis hak manusia, kerana menghasut keganasan ketika bantahan yang menggegarkan kerajaan awal tahun ini, tetapi dalam tindakan mengejutkan ia menjatuhkan hukuman tertunda dan membebaskan mereka.

Mahkamah Perbandaran Phnom Penh menyatakan 23 defendan, yang ditahan sejak penangkapan mereka Januari lalu, sudah menjalani hukuman penjara dan bebas untuk pulang ke rumah masing-masing.
Kumpulan hak asasi manusia mengalu-alukan pembebasan mereka tetapi mengkritik sabitan itu, yang membawa hukuman penjara daripada satu hingga empat tahun setengah.

Kami kesal mereka ditahan beberapa bulan dalam penjara kerana jenayah yang tidak dilakukan. Keputusan hari ini jelas berkaitan dengan keadaan politik” Am Sam Sath, Jurucakap kumpulan hak asasi Licadho

Mereka berkata, keputusan bermotifkan politik untuk mendiamkan kritikan daripada pembangkang dan daripada jenama pakaian Barat yang dibuat di Kemboja.

Pihak berkuasa bertindak keras ke atas bantahan Januari lalu yang diadakan bagi menuntut gaji minimum lebih tinggi bagi pekerja kilang pakaian, menyebabkan sekurang-kurangnya empat maut.

Ia mengundang kritikan kumpulan hak asasi manusia dan menarik perhatian kepada keadaan pekerja kilang, yang mengeluarkan pakaian bagi beberapa jenama antarabangsa termasuk Gap, H&M dan Adidas.

“Kami kesal mereka ditahan beberapa bulan dalam penjara kerana jenayah yang tidak dilakukan. Keputusan hari ini jelas berkaitan dengan keadaan politik dan tekanan daripada pihak atasan,” kata jurucakap kumpulan hak asasi Licadho, Am Sam Sath.
Aktivis hak sudah lama mempersoalkan keadilan sistem perundangan Kemboja, yang dikatakan dicemari dengan campur tangan politik dan membebaskan orang kaya serta yang golongan yang berhubung baik dengan kerajaan.

Bantahan Januari lalu menggegarkan kerajaan, yang sudah berdepan tekanan pembangkang, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja, yang enggan mengambil kerusi di Parlimen dan menuduh Parti Rakyat Kemboja yang memerintah menipu dalam pilihan raya Julai lalu.

Pembangkang menggesa diadakan pilihan raya awam dan pembaharuan proses pemilihan. Kedua-dua pihak berkata bulan lalu mereka sudah hampir dengan perjanjian yang menamatkan kebuntuan politik. Ramai menyangka pekerja kilang yang dipenjarakan akan dibebaskan sebagai sebahagian perjanjian.

Gaji minimum dinaikkan, tetapi tidak mencapai jumlah yang dituntut pekerja, dan mogok singkat diadakan mengiringi bantahan. – AP

No comments:

Post a Comment