Search This Blog

Monday, May 12, 2014

200 dituduh terlibat aktiviti keganasan


KAHERAH 11 Mei - Seramai 200 orang dipercayai anggota kumpulan militan semalam didakwa atas pertuduhan mengasaskan, mengetuai dan menyertai pertubuhan pengganas serta melancarkan serangan bom dan roket di seluruh negara ini.
Kesemua mereka merupakan anggota kumpulan Ansar Bayt al-Maqdis atau Penyokong Baitulmaqdis, kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab ke atas beberapa serangan maut sembilan bulan lalu, dan disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat (AS).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pendakwa raya, seramai 102 tertuduh kini ditahan, sementara bakinya masih diburu.
Keganasan angkara anggota militan semakin meningkat di Semenanjung Sinai, Kaherah dan beberapa bandar lain sejak tentera menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai tahun lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140512/lu_10/200-dituduh-terlibat-aktiviti-keganasan#ixzz31RoprQYH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment