Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

200 ditahan sebar ‘video ganas’


Beijing: Polis China menahan lebih 200 orang di wilayah Xinjiang sejak enam minggu lalu kerana “menyebarkan video keganasan atau pengganas.”

Tangkapan di wilayah didiami ramai Muslim etnik Uighur itu dilakukan berikutan gelombang serangan ke atas beberapa stesen kereta api di China.

Agensi berita tempatan melaporkan, seramai 232 orang didakwa “mengedarkan video yang mempromosi keganasan di Internet dan telefon bimbit” ditahan dalam operasi yang dilakukan.

“Pentadbiran Xinjiang kini pengharaman sebarang muat turun, simpanan dan pengedaran video mempunyai hubung kait dengan keganasan di Internet,” lapor media.

Global Times pula melaporkan, langkah itu meliputi bahan video dan audio yang dianggap “menganjurkan keganasan, pelampau agama dan pemisahan kumpulan etnik.” Berita penangkapan disiar berikutan beberapa siri keganasan di dalam dan luar Xinjiang yang menyaksikan pihak berkuasa China mengambil jalan mudah dengan menyalahkan kumpulan pemisah dari kawasan berkenaan.

Pada April penyerang bersenjatakan parang dan bahan letupan menyerang stesen kereta api di Urumqi menyebabkan tiga maut dan 79 yang lain cedera.

Pada Mac pula 29 orang terbunuh dan 143 cedera dalam serangan di stesen kereta api Kunming yang dianggap sebagai peristiwa “9/11” China oleh media tempatan.

Minggu lalu seorang suspek ditembak dan ditangkap selepas mencederakan enam orang di stesen kereta api Guangzhau.

Kumpulan hak asasi menyatakan pergolakan yang melanda Xinjiang berpunca daripada penindasan budaya, langkah keselamatan yang dilihat mengganggu dan penghijrahan ramai masyarakat Han.

Ia dilihat menjadi faktor yang membawa kepada diskriminasi dan ketidakseimbangan ekonomi sejak berdekad lalu.

No comments:

Post a Comment