Search This Blog

Monday, May 26, 2014

10 maut dalam kemalangan trak di China


BEIJING 25 Mei - Dua trak berlanggar di barat laut China hari ini dan menyebabkan 10 orang maut, manakala 32 yang lain cedera, lapor media tempatan.
Kejadian itu berlaku ketika sebuah trak besar melanggar sebuah trak yang membawa 41 orang pekerja di sebuah lebuh raya di bandar Wujiaqu dalam wilayah Xinjiang, menurut agensi berita Xinhua.
Kedua-dua trak terbalik dan jatuh ke dalam lubang setinggi 1.5 meter dalam kemalangan berkenaan.
Enam daripada 32 orang yang cedera dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140525/lu_12/10-maut-dalam-kemalangan-trak-di-China#ixzz32lolkBjP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment