Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Tiga suspek kes dadah diberkas


ANGGOTA polis berjaya menahan dua daripada tiga lelaki yang disyaki memiliki dadah di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID
KOTA BHARU 11 April - Pasukan polis peronda terpaksa mengejar sebuah kereta dinaiki tiga penjenayah yang juga suspek kes dadah, sejauh beberapa kilometer sebelum memberkas mereka di Kilometer 3.2 Jalan Kuala Krai, dekat sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa, dikesan oleh polis peronda di Taman Desa Harmoni, wakaf Che Yeh dalam keadaan mencurigakan.
Sebaik sahaja pasukan polis ingin menahan untuk melakukan pemeriksaan, suspek enggan berhenti, sebaliknya memecut dan memandu kereta itu secara melulu.
Menurut sumber, kesemua suspek yang berusia 24, 31 dan 34 tahun ter­babit bagaimanapun berjaya diberkas setelah kereta mereka dipintas berhampiran sebuah stesen minyak.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiganya dipercayai terlibat dengan satu kes culik seorang gadis beberapa jam sebelum kejadian.
“Susulan penahanan mereka, polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Kuala Krai dan menahan tiga lagi lelaki serta seorang wanita berusia lingkungan 22 hingga 30 tahun.
“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek dan rumah itu, polis menemukan empat plastik lut sinar mengandungi serbuk jernih dipercayai dadah dengan berat keseluruhan 2.8 gram serta dua tiub straw lut sinar mengandungi dua biji pil berwarna merah," katanya.
Menurut sumber, selain di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kes tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140412/je_02/Tiga-suspek-kes-dadah-diberkas#ixzz2ycG0VJn5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment