Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Syabu RM12.6 juta dirampas


SEPANG - Cubaan satu sindiket dadah untuk menyeludup methamphetamine atau syabu seberat 66.75 kilogram (kg) bernilai RM12.6 juta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya dipatahkan pihak berkuasa Isnin lalu.
Methamphetamine yang dibawa dari dari Lagos, Nigeria dan tiba di KLIA Isnin lalu itu ditemui dalam dua bungkusan yang diisytihar sebagai sambungan rambut palsu dalam satu serbuan di gudang kargo Penerbangan Malaysia (MAS) di lapangan terbang berkenaan.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, serbuan pada pukul 5 petang itu dilakukan hasil maklumat awam yang diperoleh pihaknya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2ycOns92u 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment