Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

Suami pramugari MAS didenda RM800


KUALA LUMPUR 4 April - Hanya kerana sedikit perselisihan faham, seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan dibelasah teruk oleh suaminya dengan kasut, ditendang dan kepalanya dihentak di dinding, bulan lalu.
Ekoran itu, suami mangsa, Noor Hafizul Aziz Saad, 28, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Majistret Nurul'ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman denda RM800 atau penjara tiga bulan terhadap pembantu gerai makanan itu selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Noor Hafizul didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rizawati Zainudin, 28, di rumah mereka di 32C, Blok B, tingkat 3, Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Dang Wangi, di sini, pukul 2 petang, 31 Mac lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, S. Ravindran mengemukakan pertuduhan terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana kejadian itu dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.
Mengikut fakta kes, akibat sedikit perselisihan faham, mangsa dibelasah suaminya dengan tangan, kasut, botol mineral selain ditendang dan kepalanya dihentak di dinding yang mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka, tangan dan seluruh badannya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140405/ma_03/Suami-pramugari-MAS-didenda-RM800#ixzz2xxiCdKAi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment