Search This Blog

Thursday, April 24, 2014

Seorang parah, dua cedera diserang anjing


Hoosni Hamid mengalami kecederaan selepas diserang dua ekor anjing jenis American Bulldog di Kampung Masjid Lenggeng, Serembang, Negeri Sembilan, semalam.
SEREMBAN 23 April - Seorang pembantu rumah warga Indonesia parah manakala dua lelaki yang cuba membantunya cedera selepas di-serang dua ekor anjing jenis American Bulldog berhampiran Kampung Masjid Lenggeng dekat sini pagi ini.
Kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu menyebabkan kulit kepala pembantu rumah terbabit terkoyak selain tangan kanannya patah diserang haiwan berkenaan.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Ruhimah, 51, dikatakan dalam perjalanan pulang membeli sarapan pagi ketika diserang dua haiwan itu di luar rumah majikannya yang dipercayai tidak berpagar.
Jeritan mangsa didengari seorang peniaga nasi lemak, Hoosni Hamid, 44, yang kemudian segera menghulurkan bantuan, namun dia juga mengalami nasib sama apabila digigit di bahagian muka dan badan.
Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk menerima rawatan susulan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdullah Roning berkata, pergelutan itu berjaya dileraikan oleh seorang anggota polis bantuan dari Balai Polis Lenggeng yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian.
Menurutnya, anggota polis bantuan berkenaan yang turut mengalami kecederaan akibat digigit di pergelangan kaki nekad menembak mati dua anjing terbabit dengan melepaskan empat das tembakan menggunakan senapang patah.
“Pemilik haiwan ini disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140424/je_05/Seorang-parah-dua-cedera-diserang-anjing#ixzz2zkfXepN7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. oooo...anjing gigit org...anjing kena bunuh...yg org bunuh anjing...siap dpt gaji lagi...dera anjing...curah air panas...benda yg sama juga buat kat kucing...tak pulak kena apa2...macam sial...tu laa org malaysia...hati perut cam haram...kat haiwan tu korang buat mcm tak ada nilai...macam haiwan tu tak ada nyawa...btw...terbaca cover on the newspaper...DENDAM AMERICAN BULLDOG...'DENDAM'...maksudnya...indon bodoh ni penah buat apa2 kat anjing tu ke? apsal tak mampus je? yg polis tu pun...sial jugak...

    ReplyDelete