Search This Blog

Thursday, April 24, 2014

Saudi kesan 11 kes baharu MERS


RIYADH 23 April - Arab Saudi mengenal pasti 11 kes baharu jangkitan Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah (MERS -CoV) semalam yang turut membabitkan seorang remaja berusia 13 tahun.
Pengumuman itu dilakukan selepas pemangku Menteri Kesihatan, Adel Fakieh, berjanji untuk memastikan masyarakat umum mendapat maklumat terbaik mengenai virus berkenaan.
Kes terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah jangkitan MER-CoV di negara ini mencecah 272 kes, manakala angka kematian kini meningkat kepada 81 orang.
Kebanyakan kes terbaharu itu dikesan berlaku di Riyadh dan hab komersial, Jeddah selain satu kes di Mekah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140424/lu_09/Saudi-kesan-11-kes-baharu-MERS#ixzz2zke74Tfx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment