Search This Blog

Thursday, April 24, 2014

Santoso seru pengikut serang polis


JAKARTA 23 April - Anggota militan Indonesia yang kini diburu, Santoso menyeru pengikutnya melancarkan serangan terhadap polis antikeganasan Indonesia, Detasmen 88 yang didakwa merupakan ejen tentera Australia dan Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan kumpulan pemerhati SITE semalam, Santoso yang dikenali sebagai Abu Wardah turut menggesa pengikut kumpulan Mujahideen Timur Indonesia supaya tidak menunjukkan belas kasihan terhadap anggota keselamatan elit Indonesia itu.
“Mereka adalah penceroboh negara ini dan mereka mahu menyesatkan umat Islam," katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik dalam laman web forum kumpulannya.
Unit Detasmen 88 diwujudkan selepas kejadian bom di Bali yang menyebabkan seramai 202 orang maut, kebanyakannya pelancong luar. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140424/lu_08/Santoso-seru-pengikut-serang-polis#ixzz2zkdsIx80
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment