Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

Remaja perempuan bunuh ibu tiri ditahan di penjara


SHAH ALAM 28 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja perempuan ditahan di penjara selama yang diperkenan oleh Sultan Selangor sebagai hukuman atas kesalahan membunuh ibu tirinya, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian terhadap remaja berusia 18 tahun itu setelah meneliti laporan akhlak yang diterima daripada Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Abdul Gani Jemani.
Beliau berkata, kes tertuduh akan disemak setiap tahun bagi menentukan sama ada tertuduh akan terus dipenjara atau tidak.
Remaja tersebut yang ketika kejadian berada di tingkatan empat dan kakak tirinya, Zahidah Ahmad, 27, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 15 April lalu atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka, Tanziah Zainuddin, 72.
Pada tarikh tersebut Hakim Akhtar telah memerintahkan Zahidah digantung sampai mati manakala hukuman terhadap remaja berkenaan ditangguh ke hari ini bagi menunggu laporan akhlaknya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140428/ma_01/Remaja-perempuan-bunuh-ibu-tiri-ditahan-di-penjara#ixzz30DqWdQpr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment