Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

Remaja patah tangan, kaki nahas motosikal


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 April 2014

Remaja patah tangan, kaki nahas motosikal
Remaja patah tangan, kaki nahas motosikal Kedua-dua mangsa terbaring di atas jalan manakala motosikal jenis RXZ rosak teruk akibat kemalangan.



KUALA LIPIS - Seorang penunggang motosikal parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 5 Jalan Lipis- Merapoh berhampiran Kampung Tempoyang di sini, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa, Mohamad Hafiz Hassan, 19, bersama seorang pembonceng, Rosmalina Lee, 19, dalam perjalanan dari arah Padang Tengku menghala ke Kuala Lipis.

Menurutnya, sampai di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu seorang lelaki keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri menghala ke Kuala Lipis menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal motosikal.

“Kejadian itu mengakibatkan motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggangi mangsa melanggar bahagian belakang kereta Waja berkenaan.

“Dalam masa sama sebuah kereta jenis Honda yang dipandu seorang lelaki yang datang dari arah Kuala Lipis menghala ke Padang Tengku tidak dapat mengelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa,” katanya.

Abdul Razak berkata, Mohamad Hafiz patah tangan kanan dan kaki kanan manakala Rosmalina cedera di bahagian lutut.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut manakala kedua-dua pemandu kereta berkenaan tidak cedera,” katanya.

Saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment