Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

Pesawat ringan terhempas



MOHD. ZAIRI (kiri) memberi pertolongan cemas kepada Shankar yang mengalami kecederaan setelah pesawat ringan dipandunya terhempas di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Penduduk Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini gempar apabila sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan lapang di taman berkenaan semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, pesawat jenis Piper Warrior II milik syarikat Asia Pacific Flight Training itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar di ruang udara sebelum terhempas di kawasan berkenaan.
Lokasi pesawat itu terhempas terletak berhampiran padang golf Padang Tembak dan kira-kira 500 meter dari landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz30DrtWXXD 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment