Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

Pesawat dari Guinea dikuarantin dua jam di Paris


PARIS - Sebuah pesawat milik penerbangan Air France dari negara Afrika yang diserang wabak Ebola, Guinea dikuarantin selama dua jam di sini selepas krunya mengesyaki seorang penumpang mungkin dijangkiti penyakit maut itu, kata penerbangan tersebut.
Penerbangan dari ibu kota Guinea, Conakry itu mendarat di Lapangan Terbang Charles De Gaulle di sini pada pukul 5.28 pagi (waktu tempatan) bersama 187 penumpang dan anak kapal.
Perkhidmatan kecemasan memeriksa semua penumpang untuk mengesan sama ada mereka mengalami demam.
Pemeriksaan dibuat susulan tandas pesawat yang kotor mencetuskan kebimbangan terdapat penumpang yang dijangkiti virus maut dan amat mudah berjangkit itu.
Ia ekoran antara simptom jangkitan Ebola termasuk cirit birit yang teruk.
"Ujian kesihatan yang dilakukan menunjukkan tiada jangkitan Ebola berlaku," kata seorang jurucakap Air France,
Ebola boleh berjangkit sesama manusia dan daripada haiwan kepada manusia menerusi sentuhan melibatkan darah, najis dan peluh.
Sementara itu, di Guinea, pihak berkuasa kesihatan melaporkan terdapat 134 kes Ebola sejak awal tahun ini dengan 86 kematian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2xxjzN9vO 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment