Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

Penyamun Colombia sasar rumah tiada penghuni


2014/04/05 - 04:17:58
Shah Alam: Tindakan licik sekumpulan warga Colombia yang memecah masuk rumah tidak berpenghuni di sini terbongkar selepas dua kumpulan penjenayah itu ditahan polis dalam dua kejadian berasingan.

Satu daripada dua kumpulan itu dipercayai bertanggungjawab dalam 11 kes pecah rumah yang dilaporkan sepanjang tahun sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Serdang dan Subang Jaya.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata kedua-dua kumpulan itu dipercayai menjadikan rumah di kawasan kediaman mewah sebagai sasaran dan menggunakan kenderaan mewah untuk mengaburi kegiatan mereka.

Katanya, kumpulan menggunakan cara menekan loceng di pintu pagar yang disasarkan. Apabila tidak ada tindak balas daripada penghuni mereka terus memecah rumah berkenaan.

“Kumpulan ini mengambil kesempatan mencuri ketika tuan rumah keluar bekerja atau pada awal malam ketika tuan rumah keluar membeli belah.

Beri alasan tersilap rumah

“Ketika menekan butang, jika ada penghuni yang membuka pintu, mereka akan memberikan alasan tersilap rumah,” katanya pada sidang media, semalam. Abd Rahim berkata, sepanjang tahun ini saja, pemilik rumah kerugian hampir sejuta ringgit selepas kediaman mewah mereka disamun, membabitkan 11 kes.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama pada jam 9 malam 28 Mac lalu, tiga lelaki berusia 25 hingga 33 tahun, menaiki kereta jenis Toyota Camry ditahan di Persiaran Kerjaya di Seksyen U1, Glenmarie, selepas polis mendapati kereta itu menggunakan nombor pendaftaran berbeza di bahagian depan dan belakang.

Katanya, terdahulu, kumpulan itu didakwa mengugut pengawal keselamatan di sebuah kawasan kediaman di Seksyen U8.

Turut dirampas dalam kereta ialah pemutar skru, parang, gergaji, sarung tangan dan lampu suluh serta telefon bimbit.

No comments:

Post a Comment