Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

Penjual tembakau ditembak


Pattani: Sepasang suami isteri mati ditembak ketika mereka menjual hasil tembakau di sebuah pasar daerah Mayo pagi kelmarin.

Ketua Polis Mayo, Kol Kong-arth Suwankham berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) di pasar Palas, Tambon La-nga.


Saksi memberitahu polis, Suchart Chanthabodi dan isterinya, Kesorn sedang menjual hasil tembakau ketika dihampiri dua lelaki yang menyamar sebagai pelanggan.



“Penyerang kemudian melepaskan tembakan tepat ke kepala mereka sebelum melarikan diri bersama bekas duit pasangan berkenaan dengan menaiki lori mangsa,” katanya ketika ditemui media, semalam.


Sementara itu, polis masih belum dapat mengklasifikasikan sama ada serangan mempunyai kaitan dengan pasukan pemisah atau hanya sekadar rompakan biasa. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

No comments:

Post a Comment