Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

Pengganti bayi ‘dirampas’


Oleh Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: “Saya gembira walaupun berdepan episod sedih selepas anak kembar yang dikandung terpaksa diserahkan kepada orang lain, namun saya kembali lega apabila disahkan mengandung tiga bulan,” kata mualaf Filipina yang dikenali sebagai Irene, 28.
Sebelum ini, Harian Metro pernah menyiarkan kisah wanita ini yang dijanjikan pekerjaan sebagai jururawat, namun dipaksa menjadi ibu tumpang sebelum melalui episod paling menyedihkan apabila terpaksa menyerahkan dua anak kembar baru dilahirkannya kepada pembeli. 
Irene berkata, biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk dipaksa menjadi ibu tumpang, dia berharap bakal penyeri hidup yang baru itu dapat mengubati duka hidupnya dan suami. 

“Selepas ditipu oleh ejen mencari pekerjaan dan dipaksa menjadi ibu tumpang, saya merasakan hidup sudah berakhir berikutan kerinduan kepada anak kembar.
Foto
LAPORAN Harian Metro 25 Januari lalu.

“Bagaimanapun, kerinduan kembali terubat, saya dan suami nekad mahu melupakan episod sedih dalam hidup, cuma saya doakan walau di mana anak kembar saya berada, mereka sihat dan dijaga dengan sempurna,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

No comments:

Post a Comment