Search This Blog

Monday, April 7, 2014

Pembantu rumah ditemui mati dijerut


IPOH 7 April - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditemui mati dengan kesan jerut di bahagian leher di rumah majikannya di Taman Tasek Mewah di sini hari ini.
Mayat wanita yang berusia lingkungan 30-an itu ditemui sendiri oleh majikannya dalam keadaan tertiarap di atas lantai dan leher pula dijerut kain tuala.
Mayat mangsa yang bekerja menjaga dua wanita warga emas sejak setahun lalu itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140407/je_09/Pembantu-rumah-ditemui-mati-dijerut#ixzz2yF2n5wjT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment