Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

Pembantu kedai didenda RM800 pukul isteri


2014/04/05 - 04:35:44
Kuala Lumpur: Hanya kerana perselisihan kecil, seorang pembantu kedai makan bertindak kejam apabila memukul isterinya hingga menyebabkan kecederaan, bulan lalu.

Akibat perbuatan itu, dia didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit. Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul'ain Abdul Rahim.


Tertuduh, Noor Hafizul Aziz Saad, 28, turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar jumlah itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya, Rizawati Zainudin, 38, yang juga seorang pramugari di rumah mereka di Flet PKNS, Jalan Raja Muda Kampung Baru, di sini, jam 2 petang, 31 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Raveendran.

No comments:

Post a Comment