Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Padah rasuah projek al-Quran


Jakarta: Mahkamah Antirasuah di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Agama Ahmad Jauhari kerana peranannya dalam kes rasuah projek membekalkan al-Quran.

Panel hakim yang diketuai hakim Annas Mustaqim juga mengarahkan Ahmad, bekas Pengarah Bimbingan Syariah kementerian berkenaan supaya membayar denda berjumlah Rp200 juta (RM57,000) atau berdepan dengan lanjutan enam bulan penjara.


Tertuduh juga diarah memulangkan Rp100 juta (RM28,000) dan AS$15,000 (RM48,700) wang rasuah yang diambilnya.

Hukuman itu lebih ringan berbanding penjara 13 tahun yang dituntut oleh pendakwa raya Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK).


Tahun lalu, mahkamah sama menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan tahun ke atas anggota Parlimen Zulkarnaen Djabar dan anaknya Dendy Prasetya kerana peranan mereka dalam kes itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment