Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

NATO siar gambar tentera Rusia


BRUSSELS 11 April - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam menyiarkan 19 gambar satelit yang menunjukkan seramai 40,000 tentera Rusia berada di sepanjang sempadan Ukraine yang disifatkan sebagai satu ancaman kepada Kiev.
Pakatan tentera Barat itu menganggarkan antara 35,000 sehingga 40,000 tentera Rusia yang dilengkapi dengan kereta kebal dan kenderaan tentera mengatur kedudukan di 100 pangkalan sementara di timur Ukraine.
Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Krisis Komprehensif NATO, Gary Deakin menjangkakan barisan tentera itu mampu bertindak dalam tempoh 12 jam dengan arahan dari Moscow.
“Pasukan tentera ini mampu bertindak dengan segera sekiranya diarah, dan hal ini amat membimbangkan kerana mereka disifatkan sebagai ancaman kepada Ukraine," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140412/lu_07/NATO-siar-gambar-tentera-Rusia#ixzz2ycEu9zmQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment