Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Nak bakar serangga terbakar rumah


Orlando: Seorang lelaki terpaksa diselamatkan dari apartmennya, Ahad lalu kerana menyebabkan kebakaran ketika cuba membakar serangga di rumah dan pada komputernya.

Menurut polis, saksi menelefon 911 selepas melihat api di tingkat dua apartmen itu dan mendengar penghuninya menjerit meminta bantuan.

Empat jiran terpaksa menendang pintu dan menarik mangsa, 26, keluar dari apartmen itu sebelum bomba tiba.



Lelaki itu kemudian diberi rawatan kerana lemas.

Polis tidak memfailkan tuduhan jenayah, namun pegawai bertugas memasukkan lelaki itu ke hospital kerana dia berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment