Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Mesin padi ‘baham’ kaki


Oleh Amran Yahya
Kuala Pilah: “Sebaik tergelincir, kaki kanan saya termasuk ke dalam mesin yang berpusing laju hingga menyebabkan betis kanan hancur, manakala dua jari kaki patah,” kata pesawah, Mahmud Ahmad, 49, yang parah di kakinya akibat tergelincir dan tersepit pada mesin penuai padi dalam kejadian di Kampung Padang Lalang, dekat sini, baru-baru ini.

Mahmud berkata, dalam kejadian jam 6 petang 7 April lalu, dia sedang mengendalikan jentera berkenaan sebelum seorang rakan dikenali sebagai `Pendek’, 40-an, mahu mencuba memandunya.


Katanya, pada waktu itu enjin jentera tidak dimatikan kerana dia sudah biasa dengan keadaan seperti itu.

“Bagaimanapun, ketika hendak bertukar tempat, saya tergelincir lalu kaki kanan termasuk ke dalam mesin. Putaran mesin yang kuat menyebabkan kasut getah dan kaki seluar jean digulung oleh mesin sekali gus betis saya turut hancur.


“Dalam keadaan panik, Pendek terus mematikan enjin sebelum dia dan tiga rakan lain yang kebetulan berada di situ membantu saya,” katanya ditemui di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), semalam.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment