Search This Blog

Monday, April 21, 2014

Merapi muntah debu, pasir


Magelang: Gunung Merapi di daerah di Jawa Tengah ini semalam bergegar, memuntahkan bahan volkanik seperti debu dan pasir hingga menjejaskan perkampungan berhampiran.

Triyono, pegawai Pos Pengawasan Gunung Merapi berkata, gunung itu bergegar kira-kira jam 4.5 pagi waktu tempatan.

Walaupun meletus, menurut Triyono, status gunung berkenaan masih kekal normal.

Sementara itu, seorang ketua kampung, Ismael berkata, gegaran itu mencemaskan penduduk tempatan.

“Selepas gegaran itu kami dapat melihat bahan berwarna merah dimuntahkan keluar dari puncaknya.



Penduduk cemas tetapi keadaan kembali normal tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui.

Ketua Pusat Data dan Maklumat Agensi Pengawasan Bencana Sutopo Purwo Nugroho berkata, gunung berkenaan memuntahkan lava sejauh sekilometer dari puncaknya dan mengalir ke Sungai Senowo.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21

No comments:

Post a Comment